OMG ITS YAYOOO! SWAGGER ON ME! MAKE ME YOUR SIFU! :P HAHA LOL JK.

Saturday 16 March 2013

KESAN BANJIR :)

   Kesimpulannya,banjir bukan saja memberi kesan buruk kepada semua mangsa yang terlibat, bahkan ia juga memberi kesan kepada kesedaran manusia terutamanya, dalam persiapan menghadapi banjir.Kita seharusnya lebih berhati-hati dan peka untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada terus berlaku.

     Banjir merupakan bencana yang sering berlaku di negara kita.Fenomena ini telah menimbulkan pelbagai kesan negatif sama ada kepada masyarakat mahupun negara.Banjir berlaku disebabkan perbuatan manusia membuang sampah ke dalam parit,longkang dan sungai yang menyebabkan aliran air tersekat.
  

     Pelbagai kesan akibat berlakunya banjir antaranya ialah, kemusnahan harta benda.Hal ini menyebabkan,kita memerlukan belanja dengan jumlah yang sama untuk mengembalikan keadaan seperti sediakala. Bank, premis perniagaan, semuanya mengalami kerugian teruk bukan sahaja kerana kerosakan harta, bahkan kerana aktiviti perniagaan yang terhenti akibat bencana alam ini.   
    
    Selain itu.kesan paling buruk yang boleh dibawa oleh banjir adalah kehilangan nyawa. Sama ada kerana lemas, tercedera akibat banjir, putus bekalan makanan, putus bekalan air bersih, penyakit dan ketiadaan ubat, kesukaran menemui doktor, bahkan keganasan dan rampasan barang keperluan asasi akibat kekurangan dan keterdesakan mangsa-mangsa banjir.Kawasan yang dikhuatiri akan berlaku adalah di kawasan yang rendah dan kawasan yang berhampiran dengan sungai.    
  
   Seterusnya,sistem perhubungan juga akan terjejas seperti sumber elektrik , sistem pengankutandan sebagainya.Sekolah yang menjadi tempat penempatan sementara mangsa banjir turut terpaksa ditutup. Akibatnya proses pendidikan terganggu dan menghadapi masalah.Hal ini demikian, dapat menjejaskan ekonomi penduduk dan negara.   
    

11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. we both are same age and I wish good luck to achieve your ambition,thanks to the essay!!

    ReplyDelete
  3. thank you sis!This helped me so much xD

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Tq for the essay ��

    ReplyDelete
  6. thanks . even it's not the one that i want but it's almost right . so , i wish you luck in the future

    ReplyDelete
  7. Thank you 17/05/2018 esok puasa

    ReplyDelete
  8. thank you for your essay it helped me so much :)

    ReplyDelete
  9. Great! You're about to win

    ReplyDelete